Friday, 12 September 2008

BICARA TENTANG TEMAN

SALAM KEMBALI.....



kini aku hadir lagi untuk bicara tentang teman...di sudut hati seorang adam ianya amat mementingkan kawan... kemana sahaja mahu berteman...penakut kah??? mungkin ya mungkin tidak...ini kerana kebenaran sesuatu cerita anak adam sebenarnya takut kesunyian...kami sukar menunjuk perasaan begini namun kami bijak dalam memanipulasikannya...kita harus berhati-hati dalam memilih teman....kata sering mencari teman , kawan dan rakan dalam meniti hari-hari yang mendatang dalam hidup kita tapi pentingkah kawan??? Bagi aku kawan itu umapama jari aku....ini kerana hilangnya jari ku ianya tiada ganti dan pabila ianya luka pastikan sembuh kembali....inilah hikayat falsafah tentang teman ku...


ini soalan ku buat pengunjung blog ku....


1. apa yang kamu ingin dalam berkawan?


2. apa yang kamu fikir tentang kawan?


3. adakah kamu memilih rupa dal;am berteman???


aku punya jawapan nya dan jika kamu membantah sila saja kemukakan hujah kamu.....


Ramai antara kita yang memilih kawan berdasarkan rupa namu kita tidak tahu perilaku dan bicara hatinya....aku kekadang kasihan melihat mereka yang ingin berkawan...bila ada rupa namun bodoh dia akan dipergunakan, tiada rupa namun pandai akn di caci...aku pernah melihat ini semua dan aku tak ingin menjadi seperti mereka yang hanya tahu menyisih orang...itulah gunanya kawan berdiri bila dikehendaki dan melawan bila ada serangan.... mereka yang menyisih teman seperti ini adalah orang yang paling rugi di dunia dan diakhirat ini kerana sahabat yang baik akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kita didunia dan diakhirat...


cuba kamu teliti apa yang aku ukir melalui tarian penaku....betul atau salah?


1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..


2)kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..


3)kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..


4)kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..


5)kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.


6)kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..


7)kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..


8)kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..


9)kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


> Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)





No comments: