Friday 14 November 2008

RENUNGKAN WAHAI LELAKI

Andai kau memerlukan kekasih,
maka pilihlah Allah.
Kiranya kau memerlukan teman sejati,
maka dampingilah alQuran,
andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan,
maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.
Teguhkanlah keyakinan kepadaNYA..

BERSYUKURLAH WAHAI LELAKI.....

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan terlekat dimata kailmu
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka dengan kenanganmu
Dan tak mungkin dapat melupakanmu
Selagi ia masih mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya
Dan jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah menadah sekadar untuk keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang…
TERIMALAH SEADANYA
Janganlah kamu terlalu menyayanginya
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah dirinya manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akn terus hingga keakhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah mencari makanan lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal

Begitu juga setelah kamu berjumpa dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada kamu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah…
Membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…

“BERSYUKURLAH DAN REDHA DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN OLEHNYA…ALHAMDULILLAH”

Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.

Lelaki tulen.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.

Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.

Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.

Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.

Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Try this!!!!!!!

Saling mempercayai lebih bagus dari saling mencurigai. saling percaya maknanya bahagia dan saling curiga maknanyaderita dan air mata.
Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul, harus salah, sekadar mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua dan siapakah dia pasangan sedia ada kita.
Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik rangsang terus. Jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tidak baik maka hapuskan terus. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untukmditangisi tapi dinikmati.

A- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada didalam fikiran anda
B- Anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru
C- Anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya
D- Anda ada masalah dalam mempercayai orang lain
E- Anda seorang yang sering teruja
F- Semua orang menyayangi anda
G- Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia
H- Anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan
I- Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J- Anda seorang yang kuat cemburu
K- Anda suka mencuba perkara-perkara yang baru
L- Anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam kedalamnya
M- Kejayaan mudah dating kepada anda
N- Anda suka bekerja, tapi selalu inginkan kerehatan
O- Anda seorang yang berfikiran terbuka
P- Anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami
Q- Anda seorang hipokrit, pentingkan diri
R- Anda seorang yang gemar bersosial
S- Anda seorang broad-minded
T- Anda ada sikap canggih , amat canggih
U- Anda merasakan anda ada cirri-ciri yang istimewa standing dengan orang lain
V- Fizikal anda baik sekali
W- Anda seka menyendiri
X- Anda tidak akan benarkan orang beritahu anda apa yang patut anda buat
Y- Anda selalu penyebab pada banyak masalah
Z- Anda selalu bergaduh dengan seseorang