Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Monday, 27 January 2014
Friday, 7 June 2013
Kisah Tahun ini... part 1....
salam semua....
lama aku tak update cerita disini...banyak yang berlaku masa penghujung tahun lepas dan setengah penggal tahun ni. aku mulakan dengan bulan januari.
Bulan Januari...
seksa sungguh bulan ni. sebabnya pertama kali dalam seumur hidup aku, aku di tinggalkan awek...selalunya aku yang putuskan sesebuah perhubungan...kali ni aku pulak yang terkena....sayang giler aku kat dia tapi kesilapan yang aku buat sendiri membuatkan dia pergi membawa diri...masing-masing ego tak nak kembalikan hubungan ni so terpaksalah masing-masing mengenang sendiri...14/01/2013....memang demam teruk aku masa ni....ditambah lak keracunan makanan pada hari yang sama....alkisahnya pagi tersebut kita orang ada perjumpaan dengan Pengarah bagi jabatan kita org....disebabkan kita orang ada 3 masa untuk masuk keja, jadi semua pakat lapar lah...kita orang punya jabatan boleh masuk pukul 7.30 pagi, 8.00 pagi dan 8.30 pagi...
punyalah bengong admin boleh lak buat perjumpaan pukul 8.30 pagi, memang tak sempat lah nak breakfast masa tu....sapa yang masuk 8.30 pagi memang naya...lapar tahap gaban lah..ingatkan mula sharp2 pukul 8.30...rupanya tidak...kalau tau mmg masuk lagi lambat n g breakfast dulu...dah lah kelaparan dan ko terpaksa tunggu sehingga pukul 11.00 pagi baru leh makan....pukul 11 balun lah apa yang ada...masa tu pengarah belanja dan admin kita org order lah mee sup utara, roti jala n kuah kari, macam biasa adalah kuih muih sikit....masa tu dah lapar...memang sedaplah makan semua yang ada...perghhh yang best siap tambah dua tiga kali tu...ada siap nak take away lagi....makan punya makan last2 terkena keracunan makanan...
tapi keracunan tu pun ada masa mula jugak tau...batch pertama kena petang hari tu jugak, dalam pukul 6 ptg...batch yang kedua kena pukul 12 malam dan batch ketiga kena pukul 3 pagi...aku batch yang kedua...kelakar pun ada gak sebab dia ada batch-batch tertentu...petang tu aku siap boleh ke sogo dan beli belah bagai, makan mcm biasa...pukul 11 dah ada tanda2 dah...seram sejuk kan...aku bawak lah mandi, kot2 panas dalam...kalau mandi boleh lah lega kan sikit...tapi masa tu boleh tahan lagi, last2 pukul 12 aku dah rasa demam seram sejuk bagai...siap aku fikir aku kene denggi lagi tu...rupanya keracunan makanan...memang teruk giler sampai nak bangun dari katil pun payah tau...kene merangkak nak ke muka pintu sebab nak buka pintu tuk abg aku... tu pun mak aku call abg aku srh bawak g hospital.
mmg tak boleh tido malam tu...pagi esoknya ingat nak ke klinik kan tapi makin x larat sebab terlampau sakit...nasib sebelum aku x boleh bergerak sangat aku sempat call mak aku srh bagi tau abg aku yg aku ni sakit...abg aku siap ambik half day sebab nak bawak g hospital putrajaya. masa tulah aku terfikir yang betapa beruntungnya sesiapa yang ada family dekat2....ada jugak member yang risau tapi aku x nak susahkan dia org.... kira kejadian ni memang sejarah besar office kitaorang lah...sebab dalm 90 org staf yang ada, cuma 5 orang je yang ok sbb x makan roti jalan n kuah kari tu, dan yg tak datang masa tu....
pergi hospital putrajaya pulak tu, dia tanya nak masuk wad x, sudah semestinya aku cakap x...sapa nak duk wad...check darah banyak kali sebab dia suspect aku kene kencing tikus sebab ada tanda2 kan...last2 keracunan biasa...tapi aku dapat teruk sebab plus putus cinta kot...hahahahaha....jiwang sey...tapi nak wat mcm mne dah memang itulah yang ditakdirkan pada bulan tu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)