Friday 26 September 2008

guy try this!!!!

Hey,..try it! It’s true.
My fingers keeps on coming back together!!
Hahah..cool anyways..

Ikuti langkah berikut ini,
Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari artikel Cina)

1. Pertama, tunjukkan kedua2 telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...

4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2, cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan , kita akan dapati jari tersebut sukar untuk dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Real love will stick together ever and forever
Thumb represent parents
Second finger represent brothers & sisters
Centre finger represent own self
Fourth finger represent your partner
Last finger represent your children

kecantikkan lelaki dan kegagahan wanita

berbeza kan???

Kecantikan Lelaki.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yangada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi padakekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Sabda Rasulullah SAW:-

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
SurahAl-Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

"Wallahualam.

madah bicara coretan tinta

wahai golongan adam renung-renungkan madah bicara ini
Senyum itu tanda kemesraan,
diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa itu lambang kelalaian,
selalu dilakukan hati akan mati,
dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran,
insaflah,
ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu,
selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.
Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,
suka memotong percakapan orang,
suka bermujadalah yakni bertegang leher,
nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,
bercakap meninggikan suara,
pantang ditegur, t
idak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
Orang yang sudah hilang sifat marah
- dayus, cepat melahirkan sifat marah
- lemah mujahadah.
Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali
di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu,
merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,
yang kedua inilah akan lahir sifat
tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
Jika kita mengingati dosa,
kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan.
Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya t
api jangan putus hati kita dengan Allah,
ini adalah hakNya pula.
Apabila rasa senang dengan pujian,
rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,
tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Thursday 25 September 2008

LELAKI BELAJARLAH MENJADI DEWASA


LELAKI INILAH MASA ANDA MENJADI DEWASA....


RAMAI yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan. Dan, surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak. Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa.

Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu. Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan. Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan.

Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian. Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.

Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.

Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya, seorang wanita bercerita, “selama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”. Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak kahwin sahaja. Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan.

Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.

a friend in need is a friend indeed

ERTI SAHABAT YANG SEBENAR...
kawan itu umpama buku
tak tau jika tak dibaca
bila dibaca belum tentu kita paham
kalau kita paham
belum tentu kita ingat
maka cukuplah sekadarnya
apa yg kita tahu,
paham dan ingatyg penting,
kita menghargai apa yg kita perolehi

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

WAHAI GOLONGAN ADAM AMBILLAH IKTIBAR SUPAYA ANDA TETAP BERSABAR DALAM MENEMPUH HARI YANG MENCABAR....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya.
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


3. Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

INGIN MENJADI KAWAN YANG BAIK????


WAHAI LELAKI RENUNGKAN KATA-KATAKU INI SEMAT KEDALAM HATI SUPAYA KAU BISA MENGERTI...



Bukan nya senang nak cari kawan yang baik

Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baik nya

Sebalik nya kawan yg baik lah yg paling banyak menbantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan

Kawan yg baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya utk membuat perkara yg buruk dan sia-sia

Kawan yg baik adalah org yg selalu menasihati kawan baik nya utk berbuat kebaikan

Kawan yg baik adalah org pertama yg akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yg tidak dapat diluah kan kepada kawan biasa

Kawan baik tak pernah memaksa kawan baik nya utk sentiasa berada disisi nya

Kawan yg baik tak pernah melarang kawan baik nya utk berkawan dgn kawan baik

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yg paling baik utk kawan baik nya

Kawan yg baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kawan baik nya di dunia dan di akhirat didalam doa nya

Kita adalah kawan yg baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukan lah seorang yang sempurna

Kita adalah kawan baik jika kita menjadi kawan yg baik kepada kawan baik kita

Kita bukan lah kawan yg baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yg baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya

Kita bukan lah kawan yg baik jika kita tidak memberitahu perkara yg baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yg baik akan selalu menyampai kan perkara yg baik kepada kawan baik nya

Kawan yg baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawan nya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi utk menjadi pedoman oleh kawan-kawan nya supaya dapat menjadi kawan baik kepada kawan baik nya

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yg baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yg baik...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yg baik...!!

Amin Ya rabbil Alamin

REDHA DAN KESYUKURAN

WAHAI LELAKI INI ADA PESANAN BUAT MU...AGAR KAMU MENGERTI DAN MEMAHAMI APA ITU MENGHARGAI....

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan terlekat dimata kailmu
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka dengan kenanganmu
Dan tak mungkin dapat melupakanmu
Selagi ia masih mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya
Dan jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah menadah sekadar untuk keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang…
TERIMALAH SEADANYA
Janganlah kamu terlalu menyayanginya
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah dirinya manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akn terus hingga keakhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah mencari makanan lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal

Begitu juga setelah kamu berjumpa dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada kamu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah…
Membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…

“BERSYUKURLAH DAN REDHA DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN OLEHNYA…ALHAMDULILLAH”



Thursday 18 September 2008

bolehkah adam dan hawa menjadi teman???

salam terhadap semua....

kini aku mulakan kembali larian penaku...inilah ukiran minda dan tarian pena yang tida penghujung nya walaupun tinta bagi pena ku tiada lagi dimuka bumi ini...memang tinta ibarat air lautan yang tiada penghujung nya...maka aku juga akan tetap terus melakar tarian pena diatas helaian yang ada....rindunya aku terhadap kawan juga rakan mahupun teman yang lama tidak berkunjungan....lalu aku mengimbas kembali kenangan yang ada untuk mengukir senyuman...inilah cerita kisah aku...


hari ini aku melakar helaian dengan nada soalan...bolehkah lelaki dan perempuan bersahabat????


menurut pandangan aku ianya tiada salah jua masalahnya…aku juga berkawan dengan perempuan malah mereka jadikan aku tempat merujuk masalah dan meminta pendapat…namun jangan salah sangka dengan perhubungan yang di jalinkan..apa-apa pun ianya bermula dari hati…kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masalah yang kita hadapi dan semestinya ada yang mengesyaki…itulah gunanya kawan dalam sesuatu perhubungan…kawan perempuan biasanya lebih peka tentang masalah yang dialami oleh golongan adam… merekalah yang lebih kreatif dalam membincang dan mencari jalan penyelesaian…

bagi aku itu semua tidak menjadi masalah bagi diriku kerana aku yakin aku pandai dalam meyakinkan perasaan ku yang aku hanya berkawan tidak menjalin hubungan perasaan…wahai golongan adam juga golongan hawa jangan di biarkan cemburu menguasai diri….bila kita punya kekasih, ada satu perasaan yang akan muncul iaitu perasaan malu dan sentiasa ingin sempurna (mr and mrs perfect)…ini selalu terjadi… akibat cemburu hubungan lalu berantakan…

mereka ini sebenarnya hanya mencari maklumat melalui manusia yang berlainan jantina dengannya… oleh kerana malu mereka ini ingin tampil sempurna melalui maklumat yang mereka perolehi…inilah yang aku katakan yang kita seharusnya tidak cemburu diatas satu sama lain… inilah point yang aku katakan lelaki dan perempuan boleh bekawan rapat asalkan tiada cemburu beraja di jiwa…

akan tetapi mengapa manusia yang lebih berunur selalu memandang serong…masih teringat aku kejadian masa aku masih di tingkatan 5…masa itu aku adalah pengawas sekolah (ketua protokol sekolah), pengawas asrama, ahli pembimbing rakan sebaya, pustakawan sekolah, president pesatuan bulan sabit malaysia, ahli kelab cyber, ahli kelab bahasa melayu, … kenapa aku senaraikan semua??? nak tahu mengapa??? ini kerana bila ada perjumpaan ini yang akan katakan..” kamu sebagai ahli ini mesti menjaga tingkah laku dan tidak bergaul rapat dengan golongan yang berlainan dengan kamu…sesiapa yang ditangkap akan dikenakan hukuman kalu tak pun saya akan tangkap gambar kamu dan serahkan kepada ibubapa kamu...kemudiannya kamu akan dikahwinkan di pentas sekolah...


inikah golongan orang yang lebih tua dari kita??? memang antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulannya tapi kalau kita hanya berkawan sahaja adakah perlu ini semua??? sesiapa ada pandangan berikan sedikit tinta anda keatas helaian ku ini...

sahabat cermin diri kita

salam kembali kepada kamu...


Berbicara tentang sahabat, teringat semasa aku masih dibangku sekolah – tempat pertama berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan. Pada hari pertama ada yang malu, ada yang menangis, ada yang nak pulang tapi satu yang menyakinkan kita apabila sesi berkenalan beramai-ramai bermula. Kita mula Tanya nama,tinggal kat mana dan macam-macam lagi. Hari berganti hari, minggu bertukar minggu,bulan berganti bulan dan tahun silih berganti...usia kita meningkat kita menjadi dewasa dan sahabat menjadi faktor yang paling penting dalam membentuk peribadi dan kehidupan kita. Pepatah ada mengatakan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita akan terkena harumannya sekali dan jika kita berkawan dangan pembuat arang maka kita akan terkena bahang dan asapnya...sahabat umpama cermin bagi kita, baik sahabat kita maka baiklah kita pada pandangan mata orang...

Pentingnya sahabat tidak dinafikan...walaupun sudah berumahtangga, sudah ada anak sekalipun, hidup tidak mungkin lengkap tanpa kehadiran manusia yang bergelar sahabat...lebih-lebih lagi bagi golongan adam, selain isteri atau teman wanita, sahabat turut jadi pendamping setia...sahabat menjadi tempat bagi meluah perasaan, masalah atau perkara-perkara yang tidak dapat diluahkan kepada golongan hawa...umpamanya jika golongan adam berdepan masalah yang melibatkan teman wanita atau isteri maka sahabatlah yang dicari untuk mendapat pandangan atau nasihat yang bernas menurut pandangan golongan adam.

Apatah lagi orang bujang, lagilah penting seorang sahabat…Dalam hal ini boleh dikatakan sahabat lebih mengenali kita berbanding adik-beradik, ini kerana kita lebih rapat dan mesra berbanding dengan mereka...apatah lagi jika kita tinggal serumah atau sebilik, berjumpa setiap hari dan berkongsi masalah bersama...berbanding sahabat, isteri atau kekasih mungkin hanya mengenali kita melalui luaran sahaja, bagi mereka kita adalah lelaki yang cukup sempurna dimata mereka kerana segala-galanya kita rancang untuk tampak sempurne...tapi tidak kepada sahabat, buruk baik kita ada dalam tangannya.

Disebabkan masa kita banyak dihabiskan bersama sahabat, kadang-kadang hal nakal masa lalu kita lakukan bersama sahabat tetap menjadi rahsia antara kita...siapa pun tak tahu, ibu tidak tahu apatah lagi ayah yang tak dapat menghidu...bersama sahabat, kita selalunya berkongsi segala-gala...kenangan pahit manis, susah mahupun senang tetap kita kongsi bersama...mungkin itu sebabnya jika kita lihat orang sudah lama tidak bertemu dengan sahabat, tentu panjang ceritanya..mulalah diungkap kembali kenangan lalu, dan berdekah-dekah ketawa...sahabat ada peranan sendiri dalam kehidupan setiap manusia...ia berubah mengikut masa yang berlalu dan pemikiran yang meneraju...sahabat zaman sekolah rendah atau sekolah menengah biasanya hanya tinggal kenangan...tetapi ada juga yang berpanjangan seperti zaman pengajian tinggi atau alam pekerjaan, juga berlainan ceritanya...apa yang pasti sahabat sentiasa ada disekeliling kita...lantaran terlalu akrab, kita anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga...kita percaya pada mereka dan tidak malu meluahkan apa sahaja yang terbuku didada...

Manisnya bersahabat hanya didapati jika kita ada sifat jujur, bertolak ansur dan sentiasa berfikiran positif...selain itu yang menjadi pengikat hubungan bersahabat adalah keikhlasan dan saling berkorban...jadi peliharalah hubungan sesama sahabat kerana anda tidak mampu membayangkan hidup tanpa kehadiran seorang sahabat.

Friday 12 September 2008

BICARA TENTANG TEMAN

SALAM KEMBALI.....



kini aku hadir lagi untuk bicara tentang teman...di sudut hati seorang adam ianya amat mementingkan kawan... kemana sahaja mahu berteman...penakut kah??? mungkin ya mungkin tidak...ini kerana kebenaran sesuatu cerita anak adam sebenarnya takut kesunyian...kami sukar menunjuk perasaan begini namun kami bijak dalam memanipulasikannya...kita harus berhati-hati dalam memilih teman....kata sering mencari teman , kawan dan rakan dalam meniti hari-hari yang mendatang dalam hidup kita tapi pentingkah kawan??? Bagi aku kawan itu umapama jari aku....ini kerana hilangnya jari ku ianya tiada ganti dan pabila ianya luka pastikan sembuh kembali....inilah hikayat falsafah tentang teman ku...


ini soalan ku buat pengunjung blog ku....


1. apa yang kamu ingin dalam berkawan?


2. apa yang kamu fikir tentang kawan?


3. adakah kamu memilih rupa dal;am berteman???


aku punya jawapan nya dan jika kamu membantah sila saja kemukakan hujah kamu.....


Ramai antara kita yang memilih kawan berdasarkan rupa namu kita tidak tahu perilaku dan bicara hatinya....aku kekadang kasihan melihat mereka yang ingin berkawan...bila ada rupa namun bodoh dia akan dipergunakan, tiada rupa namun pandai akn di caci...aku pernah melihat ini semua dan aku tak ingin menjadi seperti mereka yang hanya tahu menyisih orang...itulah gunanya kawan berdiri bila dikehendaki dan melawan bila ada serangan.... mereka yang menyisih teman seperti ini adalah orang yang paling rugi di dunia dan diakhirat ini kerana sahabat yang baik akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kita didunia dan diakhirat...


cuba kamu teliti apa yang aku ukir melalui tarian penaku....betul atau salah?


1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..


2)kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..


3)kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..


4)kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..


5)kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.


6)kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..


7)kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..


8)kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..


9)kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


> Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)





Mulanya Tarian Pena Seorang Adam


salam terhadap semua.....

ini adalah tarian penaku yang pertama....hanya buat pengenalan semua yang memandang...ini bukanlah sudut mencabar namun ianya cuma untuk meluahkan perasaan dan memberi nukilan minda, coretan tinta yang bakal mengisi kalam hidup kita...aku memberi atas dasar idea yang aku ketahui dan memberi apa yang aku dapati supaya apa yang tercoret dapat jadi iktibar kepada sesiapa yang menziarahi blog aku ni...ingat kata ku ini...kita tidak akan tahu siapa diri kita jika tiada siapa yang menilainya...

"jangan menjadi lalang yang mengikut deruan bayu dan tumbang pabila layu...jadi seperti mentari sentiasa menyinari bumi walau diri jadi galang ganti..."