Tuesday 19 October 2010

Kursus Di Palm Garden Resort IOI Putrajaya.....

mulai hari ni aku bekursus di putrajaya.....malas sebetulnya tapi apa kan daya...org baru jadi ikut jelah...esok bbaru aku try upload pic dan cerita-cerita baru k....

Friday 15 October 2010

Faham Apa Itu Cinta????

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat...

Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Muhammad Aidil Ashfar.....


cute budak ni...macam anak aku pulak cz bila jumpa aku confirm tak nak ngan mak bapak dia dah...aku suka je kalau budak ni anak aku...cewah...hahahahaha....awal dah merancang...dah cukup kouta ni cuma masa tak mengizinkan cz umur baru je 21....tak puas lagi mak bapak rasa duit hasil titik peluh anak dia ni.....

budak nie pun satu, dah lah cute manja pulak tu......geram aku....rindu pulak aku ngan ashfar ni.....nak ziarah dia rumah dia jauh jugak tu....malas aku nak jalan....







Garra Rufa Fish aka Cute Fish aka Dr Fish...

ikan yang dikenali sebagai Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.

kaedah rawatan adalahh dengan menyedut sahaja....kelajuan sedutan ikan ini membuatkannya menjadi mesin urut yang mesti di kehendaki....jangan takut kerana ikan ini tidak mempunyai gigi.....mula-mula masa masukkan kaki kat dalam kolam tu mmemang geli sebab confirm banyak ikan akan datang kat kaki kita...sampai tergelak aku masa tu....nak tgk macam mana???? tgk pic ni....



ni masa mula-mula aku masukkan kaki....banyak siot....



ni masa dah tengah-tengah masa nak habis.....



ni dah bersih lah kaki ni......


kalau nak betul-betul bersih kena rendam kaki untuk 30 minit.....masa kat giant sepang tu perkhidmatan hanya untuk 10 minit....10 minit kita kena bayar RM 5.....Kalau kat kl aku tahu kat mid valley je...spa ikan....tapi tak tahu berapa bayaran masuk.....tapi buat rawatan kaki ni memang best siap boleh gelak sorang sebab geli kat tapak kaki.....


Ragam Di JKR


memang keja kuat bebudak JKR ni....



khusyuk je kama n zali wat keja.....


tengok muka bob yang takut tu...hahahaha



sempat lagi sembang......


Add Image
tengku, usik-usik tu, pandai ke nie???? hahahahaha :-)

seronok ke tengok kereta rosak???


muka bob happy je tengok kereta rosak...tengku jugak yang ssh ati...hahahaha



makan-makan masa rumah terbuka JKR



Majlis buka puasa kat unit senggara.

tak banyak pic masa ni....maklum lah masih malu-malu

Thursday 14 October 2010

Kalam Yang Belum Berusik....

salam buat pembaca kalam usang ku....lama aku tak membiarkan jari ku menari diatas papan kekunci ini untuk melakarkan kenangan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang kehidupan ku selama ini......bukan maksud ku nak menyendiri atau pun berselindung di sebalik kanvas yang terhampar,namun kekangan masa yang menghambat perjalanan hidupku ini makin bertambah sejak aku mendapat pekerjaan tetap dibawah naungan JKR malaysia....

pengalaman pertama aku terlampau jauh dari keluarga dan kawan-kawan untuk mencari rezeki yang halal dan mengejar cita-cita yang tergantung....sekarang aku bekerja sebagai Juruteknik Awam kat cawangan senggara fasiliti bangunan dibawah unit tentera darat...memang kerja banyak tapi ni lah pengalaman baru yang harus aku tempuhi....

12/08/2010 aku datang untuk mendaftar diri dan membawa harapan yang aku akan dapat buat penangguhan selama 3 bulan kerana pengajian aku akan tamat pada bulan 11.....namun harapan hampa apabila ketua setiausaha mengatakan aku mesti memilih samada nak belajar ataupun kerja...dan dengan terpaksa aku memilih pekerjaan...ini bermakna aku akan meninggalkan keluarga dan juga sahabat yang berada di pulau borneo.....

aku kembali ke sarawak pada 14/08 unuk kembali ke politeknik untuk membuat penangguhan politeknik dan juga mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang masih ada disitu.....17/08 aku berangkat balik ke kch untuk memulakan perjalanan hidup ku yang baru....aku terbang ke KL pada 18/08 dan mendaftar di unit aku pada 19/08....mulanya aku nak di hantar ke sg buloh namun atas tiada kekosongan maka aku di letakkan di bawah jagaan unit tentera.......

masa mula memang x syok tapi lepas dah ok memang syok giler sebab kawan pejabat semua ok.....sekarang dah nak masuk 2 bulan aku kerja kat sini dan insyallah 12/11/2010 nanti aku balik unutk menyambut hari raya haji dengan keluarga dan sahabat handai setelah aku tak kembali untuk menyambut lebaran bersama keluarga pada 10/9 hari tu....

Friday 9 July 2010

Tinggal Kenangan...









Monday 5 July 2010

Tangisan jiwa

salam buat yang menunggu tinta ku mengukir bicara pada kanvas ini.....mungkin kini benar yang terjadi...aku harus terima hakikat aku bukan siapa-siapa lagi...bagi kawan aku adalah lawan yang harus disingkirkan....mungkin ini pengakhiran yang aku cari....

jiwa yang mencari hanya sepi tika cahayanya mati....bergurau disalahsangka.....hahahahhaha......tak apa kerana jiwa ku memang sepi tatkala aku mencari...biarkan...aku hanya sendiri walau apa terjadi....terima kasih buat yang telah menjadi kawan ku...aku tak mengharapkan apa-apa lagi dari kamu...cuma halalkan apa yang telah kamu beri sesungguhnya hanya tuhan yang mampu membalasnya....aku sekarang inssan biasa yang akan menyendiri dari kalian...harap kalian berbahagia dengan ketiadakhadiran aku disekeliling kalian...aku hanya menyusahkan kalian....

hanya membebankan kalian....jadi selamat tinggallah kawan.....

sekian.....

Sunday 4 July 2010

KISAH KU SEMESTER INI......

salam buat yang menilai hasil tinta kanvas ku....aku kini di semester enam....setelah aku gagal untuk dua subjek ku, kini ku tahu sapa yang akan menjadi kawan mahupun lawan buatku...ada yang berpura-pura menjadi kawan dan ada juga yang hanya memerhati dari kejauhan....aku tidak menyangkal akan ada yang akan terjadi buat semester ini dengan perletakan jawatan aku didalam kelab dan persatuan kesayangan aku....kelab yang aku angkat menjadi kelab yang aktif....banyak yang nak menggulingkan aku, namun aku sedar diri...budak gagal mana boleh membimbing orang lain...kena tunjuk diri bermaruah jadi keluarlah secara bermaruah....insyallah selesai lah masalah tu esok malam....

lain pulak hal dengan kengkawan...aku macam tak wujud untuk dia org.....napa ah??? apa salah aku....kalau tak suka cakap je.....aku boleh lari dari korang.....bukan senang nak berdepan dengan korang kalau tahu cerita dari org lain...mungkin aku tak setaraf dengan korang sebab aku ada gagal 2 subjek....korang budak pandai aku jugak yang jelik....mungkin ini pengajaran untuk aku.....mencari kawan biar berpada...ade jugak kawan yang nak masa ada duit sahaja.....tapi alhamdullillah ade jugak yang tak macam tu...thank fara.....thank erni.....jangan terasa untuk yang tak ku sebut nama cz malas ku nak menaip....hehehehehe :-) .....

disini cerita ku lakar dan disini juga akan ku akhiri segala yang terpendam....bukan senang nak jadi orang yang menonjol...tapi ade jugak yang terima aku seadanya......bukan salah mereka yang menilai mungkin adalah salahku yang terlalu cepat menilai kawan......kepada kanvas ku ini kulakarkan tarian tinta ku supaya aku hanya tinggal aku di persada mega yang tercipta......

sekian......

Friday 4 June 2010

Hujan Yang Melanda......

Memang sedih ketika ini sebab kehilangan seorang sahabat...bukan senang menjadi sahabat dan bukan senang mencari sahabat....mungkin ini suratan...aku harus sendirian....

tika janji dipatri.....
kita sumpah terus berlari....
kita tetap berdiri.....
terus menari walau muzik terhenti....
ini janji yang kita miliki....

kini aku sendiri....
kerana kau lupa janji....
bahawa aku yang sejati....
lalu aku kembara membawa hati....
yang takkan sembuh kembali.....
tatkala janji di mungkiri,....
ianya takkan pulih kembali....
kerana aku dibohongi.....

Monday 8 March 2010

RINDU!!!!!!!!

rindu aku dengan budak kelas sijil aku dulu....sunyi tak ada mereka dan mereka tiada ganti di sini...hanya gambar yang menjadi tatapan untuk melepaskan kerinduan ini....