Tuesday 19 October 2010

Kursus Di Palm Garden Resort IOI Putrajaya.....

mulai hari ni aku bekursus di putrajaya.....malas sebetulnya tapi apa kan daya...org baru jadi ikut jelah...esok bbaru aku try upload pic dan cerita-cerita baru k....

Friday 15 October 2010

Faham Apa Itu Cinta????

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat...

Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Muhammad Aidil Ashfar.....


cute budak ni...macam anak aku pulak cz bila jumpa aku confirm tak nak ngan mak bapak dia dah...aku suka je kalau budak ni anak aku...cewah...hahahahaha....awal dah merancang...dah cukup kouta ni cuma masa tak mengizinkan cz umur baru je 21....tak puas lagi mak bapak rasa duit hasil titik peluh anak dia ni.....

budak nie pun satu, dah lah cute manja pulak tu......geram aku....rindu pulak aku ngan ashfar ni.....nak ziarah dia rumah dia jauh jugak tu....malas aku nak jalan....







Garra Rufa Fish aka Cute Fish aka Dr Fish...

ikan yang dikenali sebagai Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.

kaedah rawatan adalahh dengan menyedut sahaja....kelajuan sedutan ikan ini membuatkannya menjadi mesin urut yang mesti di kehendaki....jangan takut kerana ikan ini tidak mempunyai gigi.....mula-mula masa masukkan kaki kat dalam kolam tu mmemang geli sebab confirm banyak ikan akan datang kat kaki kita...sampai tergelak aku masa tu....nak tgk macam mana???? tgk pic ni....



ni masa mula-mula aku masukkan kaki....banyak siot....



ni masa dah tengah-tengah masa nak habis.....



ni dah bersih lah kaki ni......


kalau nak betul-betul bersih kena rendam kaki untuk 30 minit.....masa kat giant sepang tu perkhidmatan hanya untuk 10 minit....10 minit kita kena bayar RM 5.....Kalau kat kl aku tahu kat mid valley je...spa ikan....tapi tak tahu berapa bayaran masuk.....tapi buat rawatan kaki ni memang best siap boleh gelak sorang sebab geli kat tapak kaki.....


Ragam Di JKR


memang keja kuat bebudak JKR ni....



khusyuk je kama n zali wat keja.....


tengok muka bob yang takut tu...hahahaha



sempat lagi sembang......


Add Image
tengku, usik-usik tu, pandai ke nie???? hahahahaha :-)

seronok ke tengok kereta rosak???


muka bob happy je tengok kereta rosak...tengku jugak yang ssh ati...hahahaha



makan-makan masa rumah terbuka JKR



Majlis buka puasa kat unit senggara.

tak banyak pic masa ni....maklum lah masih malu-malu

Thursday 14 October 2010

Kalam Yang Belum Berusik....

salam buat pembaca kalam usang ku....lama aku tak membiarkan jari ku menari diatas papan kekunci ini untuk melakarkan kenangan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang kehidupan ku selama ini......bukan maksud ku nak menyendiri atau pun berselindung di sebalik kanvas yang terhampar,namun kekangan masa yang menghambat perjalanan hidupku ini makin bertambah sejak aku mendapat pekerjaan tetap dibawah naungan JKR malaysia....

pengalaman pertama aku terlampau jauh dari keluarga dan kawan-kawan untuk mencari rezeki yang halal dan mengejar cita-cita yang tergantung....sekarang aku bekerja sebagai Juruteknik Awam kat cawangan senggara fasiliti bangunan dibawah unit tentera darat...memang kerja banyak tapi ni lah pengalaman baru yang harus aku tempuhi....

12/08/2010 aku datang untuk mendaftar diri dan membawa harapan yang aku akan dapat buat penangguhan selama 3 bulan kerana pengajian aku akan tamat pada bulan 11.....namun harapan hampa apabila ketua setiausaha mengatakan aku mesti memilih samada nak belajar ataupun kerja...dan dengan terpaksa aku memilih pekerjaan...ini bermakna aku akan meninggalkan keluarga dan juga sahabat yang berada di pulau borneo.....

aku kembali ke sarawak pada 14/08 unuk kembali ke politeknik untuk membuat penangguhan politeknik dan juga mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang masih ada disitu.....17/08 aku berangkat balik ke kch untuk memulakan perjalanan hidup ku yang baru....aku terbang ke KL pada 18/08 dan mendaftar di unit aku pada 19/08....mulanya aku nak di hantar ke sg buloh namun atas tiada kekosongan maka aku di letakkan di bawah jagaan unit tentera.......

masa mula memang x syok tapi lepas dah ok memang syok giler sebab kawan pejabat semua ok.....sekarang dah nak masuk 2 bulan aku kerja kat sini dan insyallah 12/11/2010 nanti aku balik unutk menyambut hari raya haji dengan keluarga dan sahabat handai setelah aku tak kembali untuk menyambut lebaran bersama keluarga pada 10/9 hari tu....