Thursday, 14 October 2010

Kalam Yang Belum Berusik....

salam buat pembaca kalam usang ku....lama aku tak membiarkan jari ku menari diatas papan kekunci ini untuk melakarkan kenangan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang kehidupan ku selama ini......bukan maksud ku nak menyendiri atau pun berselindung di sebalik kanvas yang terhampar,namun kekangan masa yang menghambat perjalanan hidupku ini makin bertambah sejak aku mendapat pekerjaan tetap dibawah naungan JKR malaysia....

pengalaman pertama aku terlampau jauh dari keluarga dan kawan-kawan untuk mencari rezeki yang halal dan mengejar cita-cita yang tergantung....sekarang aku bekerja sebagai Juruteknik Awam kat cawangan senggara fasiliti bangunan dibawah unit tentera darat...memang kerja banyak tapi ni lah pengalaman baru yang harus aku tempuhi....

12/08/2010 aku datang untuk mendaftar diri dan membawa harapan yang aku akan dapat buat penangguhan selama 3 bulan kerana pengajian aku akan tamat pada bulan 11.....namun harapan hampa apabila ketua setiausaha mengatakan aku mesti memilih samada nak belajar ataupun kerja...dan dengan terpaksa aku memilih pekerjaan...ini bermakna aku akan meninggalkan keluarga dan juga sahabat yang berada di pulau borneo.....

aku kembali ke sarawak pada 14/08 unuk kembali ke politeknik untuk membuat penangguhan politeknik dan juga mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang masih ada disitu.....17/08 aku berangkat balik ke kch untuk memulakan perjalanan hidup ku yang baru....aku terbang ke KL pada 18/08 dan mendaftar di unit aku pada 19/08....mulanya aku nak di hantar ke sg buloh namun atas tiada kekosongan maka aku di letakkan di bawah jagaan unit tentera.......

masa mula memang x syok tapi lepas dah ok memang syok giler sebab kawan pejabat semua ok.....sekarang dah nak masuk 2 bulan aku kerja kat sini dan insyallah 12/11/2010 nanti aku balik unutk menyambut hari raya haji dengan keluarga dan sahabat handai setelah aku tak kembali untuk menyambut lebaran bersama keluarga pada 10/9 hari tu....

No comments: