Berbicara tentang sahabat, teringat semasa aku masih dibangku sekolah – tempat pertama berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan. Pada hari pertama ada yang malu, ada yang menangis, ada yang nak pulang tapi satu yang menyakinkan kita apabila sesi berkenalan beramai-ramai bermula. Kita mula Tanya nama,tinggal kat mana dan macam-macam lagi. Hari berganti hari, minggu bertukar minggu,bulan berganti bulan dan tahun silih berganti...usia kita meningkat kita menjadi dewasa dan sahabat menjadi faktor yang paling penting dalam membentuk peribadi dan kehidupan kita. Pepatah ada mengatakan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita akan terkena harumannya sekali dan jika kita berkawan dangan pembuat arang maka kita akan terkena bahang dan asapnya...sahabat umpama cermin bagi kita, baik sahabat kita maka baiklah kita pada pandangan mata orang...
Pentingnya sahabat tidak dinafikan...walaupun sudah berumahtangga, sudah ada anak sekalipun, hidup tidak mungkin lengkap tanpa kehadiran manusia yang bergelar sahabat...lebih-lebih lagi bagi golongan adam, selain isteri atau teman wanita, sahabat turut jadi pendamping setia...sahabat menjadi tempat bagi meluah perasaan, masalah atau perkara-perkara yang tidak dapat diluahkan kepada golongan hawa...umpamanya jika golongan adam berdepan masalah yang melibatkan teman wanita atau isteri maka sahabatlah yang dicari untuk mendapat pandangan atau nasihat yang bernas menurut pandangan golongan adam.
Apatah lagi orang bujang, lagilah penting seorang sahabat…Dalam hal ini boleh dikatakan sahabat lebih mengenali kita berbanding adik-beradik, ini kerana kita lebih rapat dan mesra berbanding dengan mereka...apatah lagi jika kita tinggal serumah atau sebilik, berjumpa setiap hari dan berkongsi masalah bersama...berbanding sahabat, isteri atau kekasih mungkin hanya mengenali kita melalui luaran sahaja, bagi mereka kita adalah lelaki yang cukup sempurna dimata mereka kerana segala-galanya kita rancang untuk tampak sempurne...tapi tidak kepada sahabat, buruk baik kita ada dalam tangannya.
Disebabkan masa kita banyak dihabiskan bersama sahabat, kadang-kadang hal nakal masa lalu kita lakukan bersama sahabat tetap menjadi rahsia antara kita...siapa pun tak tahu, ibu tidak tahu apatah lagi ayah yang tak dapat menghidu...bersama sahabat, kita selalunya berkongsi segala-gala...kenangan pahit manis, susah mahupun senang tetap kita kongsi bersama...mungkin itu sebabnya jika kita lihat orang sudah lama tidak bertemu dengan sahabat, tentu panjang ceritanya..mulalah diungkap kembali kenangan lalu, dan berdekah-dekah ketawa...sahabat ada peranan sendiri dalam kehidupan setiap manusia...ia berubah mengikut masa yang berlalu dan pemikiran yang meneraju...sahabat zaman sekolah rendah atau sekolah menengah biasanya hanya tinggal kenangan...tetapi ada juga yang berpanjangan seperti zaman pengajian tinggi atau alam pekerjaan, juga berlainan ceritanya...apa yang pasti sahabat sentiasa ada disekeliling kita...lantaran terlalu akrab, kita anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga...kita percaya pada mereka dan tidak malu meluahkan apa sahaja yang terbuku didada...
Manisnya bersahabat hanya didapati jika kita ada sifat jujur, bertolak ansur dan sentiasa berfikiran positif...selain itu yang menjadi pengikat hubungan bersahabat adalah keikhlasan dan saling berkorban...jadi peliharalah hubungan sesama sahabat kerana anda tidak mampu membayangkan hidup tanpa kehadiran seorang sahabat.
No comments:
Post a Comment