Friday, 14 November 2008

BERSYUKURLAH WAHAI LELAKI.....

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan terlekat dimata kailmu
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka dengan kenanganmu
Dan tak mungkin dapat melupakanmu
Selagi ia masih mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya
Dan jangan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah menadah sekadar untuk keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar bagi kamu untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang…
TERIMALAH SEADANYA
Janganlah kamu terlalu menyayanginya
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah dirinya manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akn terus hingga keakhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah mencari makanan lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal

Begitu juga setelah kamu berjumpa dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada kamu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah…
Membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…

“BERSYUKURLAH DAN REDHA DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN OLEHNYA…ALHAMDULILLAH”

No comments: