Saturday, 18 January 2014

Kasih Ayah Tiada bertepi


PESAN IBU TENTANG AYAH:





Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. 

Darinya kau diwarisi namanya, 

kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintanya, dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, 


menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.



Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

















Monday, 21 October 2013

Ubahsuai Template....

tengah cuba-cuba belaja...dulu ada kawan tolong ubahkan...sekarang try sendiri....


Friday, 18 October 2013

Bulan 7 Lepas....



Alhamdulillah...Bulan 7 lepas dah grad dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..... Yeay...tamat jugak program diploma aku.... banyak halangan tapi berjaya jugak...sempat buat fulltime 6 bulan dan tambah setahun setengah sebab convert to part time.... banyak cabaran buat part time ni... masa untuk kawan-kawan tak ada...nak hangout lebih-lebih x boleh...belanja kena berjimat sebab yuran memang mahal.....



Happy Giler bila dah selesai ni....seterusnya next projek...Degree Pulak.....as Usual buat part time....



mesti rindu kat sini nanti....tempat belajar susah senang menuntut ilmu....



Classmate yang sentiasa buat aku tergelak....Dulu masa aku mula jd transfer student mmg awkward giler masa ni tapi diaorang mmg slumber n senang jadi kawan....


dan untuk info...

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM..

permohonan bagi pengambilan FEBRUARI 2014 bermula 25 OKTOBER 2013 sehingga 25 disember 2013.

Semakan Keputusan Permohonan Bermula 20 JANUARI 2014 sehingga 31 Januari 2014.

so kalau berminat sila klik link kat bawah ni....


http://www.utmspace.edu.my/intake/




my precious moment..... ingin jadi contoh untuk adik-adik aku....