Friday, 7 June 2013

Kisah Tahun ini... part 1....

salam semua....

lama aku tak update cerita disini...banyak yang berlaku masa penghujung tahun lepas dan setengah penggal tahun ni. aku mulakan dengan bulan januari.

Bulan Januari...
seksa sungguh bulan ni. sebabnya pertama kali dalam seumur hidup aku, aku di tinggalkan awek...selalunya aku yang putuskan sesebuah perhubungan...kali ni aku pulak yang terkena....sayang giler aku kat dia tapi kesilapan yang aku buat sendiri membuatkan dia pergi membawa diri...masing-masing ego tak nak kembalikan hubungan ni so terpaksalah masing-masing mengenang sendiri...14/01/2013....memang demam teruk aku masa ni....ditambah lak keracunan makanan pada hari yang sama....alkisahnya pagi tersebut kita orang ada perjumpaan dengan Pengarah bagi jabatan kita org....disebabkan kita orang ada 3 masa untuk masuk keja, jadi semua pakat lapar lah...kita orang punya jabatan boleh masuk pukul 7.30 pagi, 8.00 pagi dan 8.30 pagi...

punyalah bengong admin boleh lak buat perjumpaan pukul 8.30 pagi, memang tak sempat lah nak breakfast masa tu....sapa yang masuk 8.30 pagi memang naya...lapar tahap gaban lah..ingatkan mula sharp2 pukul 8.30...rupanya tidak...kalau tau mmg masuk lagi lambat n g breakfast dulu...dah lah kelaparan dan ko terpaksa tunggu sehingga pukul 11.00 pagi baru leh makan....pukul 11 balun lah apa yang ada...masa tu pengarah belanja dan admin kita org order lah mee sup utara, roti jala n kuah kari, macam biasa adalah kuih muih sikit....masa tu dah lapar...memang sedaplah makan semua yang ada...perghhh yang best siap tambah dua tiga kali tu...ada siap nak take away lagi....makan punya makan last2 terkena keracunan makanan...

tapi keracunan tu pun ada masa mula jugak tau...batch pertama kena petang hari tu jugak, dalam pukul 6 ptg...batch yang kedua kena pukul 12 malam dan batch ketiga kena pukul 3 pagi...aku batch yang kedua...kelakar pun ada gak sebab dia ada batch-batch tertentu...petang tu aku siap boleh ke sogo dan beli belah bagai, makan mcm biasa...pukul 11 dah ada tanda2 dah...seram sejuk kan...aku bawak lah mandi, kot2 panas dalam...kalau mandi boleh lah lega kan sikit...tapi masa tu boleh tahan lagi, last2 pukul 12 aku dah rasa demam seram sejuk bagai...siap aku fikir aku kene denggi lagi tu...rupanya keracunan makanan...memang teruk giler sampai nak bangun dari katil pun payah tau...kene merangkak nak ke muka pintu sebab nak buka pintu tuk abg aku... tu pun mak aku call abg aku srh bawak g hospital.

mmg tak boleh tido malam tu...pagi esoknya ingat nak ke klinik kan tapi makin x larat sebab terlampau sakit...nasib sebelum aku x boleh bergerak sangat aku sempat call mak aku srh bagi tau abg aku yg aku ni sakit...abg aku siap ambik half day sebab nak bawak g hospital putrajaya. masa tulah aku terfikir yang betapa beruntungnya sesiapa yang ada family dekat2....ada jugak member yang risau tapi aku x nak susahkan dia org.... kira kejadian ni memang sejarah besar office kitaorang lah...sebab dalm 90 org staf yang ada, cuma 5 orang je yang ok sbb x makan roti jalan n kuah kari tu, dan yg tak datang masa tu....

pergi hospital putrajaya pulak tu, dia tanya nak masuk wad x, sudah semestinya aku cakap x...sapa nak duk wad...check darah banyak kali sebab dia suspect aku kene kencing tikus sebab ada tanda2 kan...last2 keracunan biasa...tapi aku dapat teruk sebab plus putus cinta kot...hahahahaha....jiwang sey...tapi nak wat mcm mne dah memang itulah yang ditakdirkan pada bulan tu.....

Friday, 19 October 2012

Aku masih Mencari

manusia sering menyandarkan rasa pada cinta....tanpa mengerti erti sebenar nya cinta....mengata rindu tapi tidak menilai maksud nya rindu....hidup kita semestinya bersandar pada cinta tapi biarlah yang abadi....cinta teragung kita pada siapa??? pada dunia???? pada harta??? pada siapa???? aku tinggalkan tanda tanya ini....

Aku Kembali

Assalamualaikum wahai pembaca ukiran tinta hamba.....

wah lama rasanya tak menjengah ke dunia penulisan...bukan kekeringan idea namun kesibukan yang melanda menyebabkan sesi penulisan terpaksa dihentikan...nak uruskan kerja lagi, belajar lagi...masa untuk kawan-kawan pun kurang dah...tapi alhamdulillah berkat kesabaran sekarang dah habis belajar untuk Diploma....sekarang tengah menunggu keputusan kemasukan ke IPTA bagi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan Awam jugak...kali ni nak try UITM....blan 6 hari tu try UTM tapi x berjaya...sekarang UTM strict Giler....

jangan harap lah nak dapat masuk kalau x berjaya nak menandingi CGPA terbaik yang memohon...dia susun dalam satu list dan akan ambik yang terbaik...dan for sure ramai yang 4.00 kot....tapi xpe bukan rezeki...nanti cuba lagi....tgh mencuba UITM....kalau UTM buat kelas sabtu ahad, UITM buat malam....kelas Setara Sepenuh Masa(SS)....ikut info yang tanya kat bahagian pengambilan UITM, budak2 SS ni akan campur study ngan budak full time tapi klas malam lah....ada 16 sem semuanya...wah lamanya...mau nak 5 taun kot...xpe demi cita2 akan cuba gak....

sesiapa yang berminat untuk kelas SETARA SEPENUH MASA boleh siap2 beli no pin kat BSN....Tarikh permohonan adalah dari 01 Oktober sehingga 31 Oktober 2012....untuk maklumat lebih lanjut boleh klik link ni http://online.uitm.edu.my/index.cfm ....untuk melihat senarai kursus boleh klik link ni http://online.uitm.edu.my/plk.cfm ..... bagi panduan permohonan boleh klik link ni http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PLK ....

sekian untuk entry kali ini....