Sunday, 16 February 2014

Korea Wait For Us.... Part 2

Assalamualaikum…Ahn Nyeong Ha Say Yo….

menuju ke korea part 2....wah rasa macam baru semalam je aku kat korea...rindu suasana kat sana...kalau ikutkan banyak jugak aku habis sebab nak beli barang2 macam baju tebal, long john dll....


kita mula dengan long john....


apa benda ni kan??? kalau korang nak tahu nilah namanya baju lapisan paling dalam yg boleh kekalkan suhu badan kita supaya jadi panas je....padahal kain nipis je kot....tapi pakai mmg selesa....kalau ikutkan mahal lah jugak benda alah ni sebab kat universal traveler RM150++ kot....jadi aku ambik alternative beli kat UNIQLO....kat situ aku beli asing2 untuk baju dan seluar...benda alah ni lebih kurang mcm singlet je sbnarnya...instead aku beli long john baik aku beli something similiar...baju dan seluar yang ada heattech....Baju tu harga dia RM19.90 Je...pastu seluar dia RM 68....kan dah jd RM87.90....jimat sikit kat situ....fungsi dia sama je....


barang yang kedua cari winter Jacket.....banyak yg aku dah survey tapi mahal saje...at last aku beli kat Winter Time di Time Square....yang kat sini aku beli yg new arrival...pening pilih colour...antara yang putih dan kelabu....last2 ambik yg kelabu....walaupun aku dah lama tinggalkan masa belajar still adik promoter tu tolong bagi diskaun student kat aku....dapat lah RM368.....kalau ikutkan boleh je beli bundle...murah lagi..ikut org lah....sbb aku fikir aku akan guna lama so why not beli baru kan...nanti2 aku leh pakai lagi...yg pasti anda perlu tentukan nisbah Down and feather dlm jacket tu....


barang ketiga aku cari adalah scarf(mafla) dan sweater...aku cari kat setia city mall....murah kalau beli masa hujung tahun ni...aku g kat H&M.... mafla aku dapat dalam RM19.90 dan untuk sweater aku dapat RM50 satu....design sweater lawa kot...x padan dengan harga RM50...disebabkan year end sale dapat lah murah....dan yang lagi murah aku beli adalah glove...sbb beli kat Daiso je...RM5....


sampai sini dulu lah...nanti aku update lg....mungkin pasal ke korea pulak....

Thursday, 13 February 2014

Korea Wait For Us.... Part 1

Assalamualaikum…Ahn Nyeong Ha Say Yo….

Macam tak sangka yang impian jadi kenyataan….dari tahun 2010 merancang nak ke Negara yang terkenal dengan kimchi, hiburan dan gadget terkini. Akhirnya tepat 12 Januari 2014 yang lepas aku menjejak kaki kesana….kalau ikutkan sepatutnya aku pergi bulan oktober 2013 yang lepas…namun apakan daya kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukan….kalau ikutkan plan sebenar nak pergi masa musim luruh, kawan-kawan yang nak pergi pun dah kumpul…semua ada 7 orang dan akulah mastermind nya….tiket kita orang beli pada bulan mei 2013….memang tersangatlah murah rm299 sehala ke Busan…tiket balik pun RM299….tu menjadikan jumlah dlm rm600 seorang….masuk luggage dan makan dalam flight adalah dalam RM700 ke RM800 seorang….masa tu dah booking dah guest house dan semua jenis transport yang akan digunakan…itinerary pun aku dah siapkan….






kalau mengikut perancangan kita orang nak pergi  dari 20/10 hingga 27/10….perancangan dah cantik dan tengah tunggu masa nak fly je…tiba-tiba kawan aku dapat lak tawaran untuk menjalani kursus induksi yang wajib bagi semua penjawat awam…kalau ditolak entah bila akan dapat panggilan lagi…so aku ambik keputusan membatalkan perjalanan kami berdua…kalau aku nak pergi pun takda apa hal sebenarnya tapi kesian kan kat kawan aku kang tak pasal-pasal kena cari member lain pulak.…so dengan berat hati aku lepaskan 5 orang member aku yang lain untuk pergi dahulu…aku sedikit jeles sebenarnya sebab bagi aku dalam banyak-banyak musim, musim luruh yang paling cantik bagi aku….dengan keputusan itu, aku pun segera menukar tarikh untuk pergi ke Negara K-pop….


Masa ni airasia dengan baik hati pulak boleh bagi tukar tapi teruk jugak aku kena charge…dahlah kena bayar harga tiket yang baru,tiket asal RM299 dan tiket baru RM399….So aku kena tambah RM100 untuk pergi dan Rm 100 untuk balik….so dah jadi rm200….tak cukup dengan tu ada pulak panalti charge RM140 untuk satu perjalanan…pergi dan balik dah jadi RM280…Semua sekali dah jadi RM480….bila dah tambah semua dah jadi RM1200++ macam tu….



Aku decide nak pergi masa winter pulak….mula nak ambik bulan 12 tapi cuti dah tak cukup tambahan kerja pulak banyak so aku pun ambik awal bulan 1 je….flight kita orang berlepas pada 12 Januari 2014, pukul 9.00 pagi di LCCT….sebelum berangkat kesana memang banyak persediaan nak kena buat sebabnya musim sejuk kot…winter cloth, winter coat, long john, sweater, scarf dan banyak lagilah yang kena beli…kat sini saja dah banyak duit nak kena labur…tapi kena ingat labur kat sini bukan guna sekali je…lain kali pun boleh guna lagi…

ni kisah beli tiket...nanti kisah shopping barangan untuk persedian menghadapi winter....

Monday, 27 January 2014

Kisah Tentang Ayah

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Saturday, 18 January 2014

Kasih Ayah Tiada bertepi


PESAN IBU TENTANG AYAH:





Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. 

Darinya kau diwarisi namanya, 

kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintanya, dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, 


menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.



Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.